5 Şubat 2013 Salı

dari dia untuk dia

To contact us Click HERE


DIA,
seorang wanita yang inginkan kebahagiaan yang sudah lama beliau impikan.
beliau sering kecewa dalam sesuatu perhubungan yang beliau bina.
beliau seringkali inginkan hubungan beliau diakhiri dengan satu pengakhiran yang indah iaitu perkahwinan.
beliau sering melakukan kesilapan yang tidak disengajakan dalam hidup beliau.
semua benda yang datang seperti tak diduga. segalanya tidak diundang.
namun semuanya datang hanya untuk bertanya dan akhirnya hilang entah kemana.
beliau sering bertanya didalam hati, dimana silapnya. pada awalnya, pertengahannya atau akhirnya.
beliau seringkali inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
namun segala kebaikan sering dianggap keburukan bagi sesetengah pihak.
apakah yang dimahukan oleh orang di luar sana?
adakah mereka tidak boleh melihat aku berdiri di atas sana.
kenapa perlu ada kutukan dan cacian kepada aku.
tidak bolehkah mereka menerima aku seadanya.
sebagaimana tuhan menerima semua hambanya.
beliau mula berkata seorang diri.
ya, mungkin aku terlalu bertuah untuk menerima semua ini.
biarlah mereka berkata apa sahaja. kerana aku tahu siapa diriku.
terlalu berat untuk aku menerima semua ini.
segalanya disebabkan kisah lama. terlalu lama untuk dikenang.
aku mahu semua orang diluar sana tahu,

tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan :)

sekarang apa yang aku mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa.
agar aku lebih tabah menjalani ujian dariNya.
dan aku juga akan sentiasa memperbaiki diriku.
agar lebih bijak menempuh kehidupan di dunia ini.

                                                                                               truly,
                                                                                                     DIA.
with love, YUVEILLA'S OFFICIAL BLOGSPOT